Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahanan Rohingya Lari Dari Depot, Usaha Mengesan Giat Dijalankan

Pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor sedang dikesan pihak polis dan pelbagai usaha dijalankan dengan menumpukan pencarian dalam radius kawasan sekitar depot berkenaan.

tahanan rohingya lari dari depot, usaha mengesan giat dijalankan

Advertisement

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya percaya tahanan berusia antara 17 hingga 35 tahun itu masih berada di kawasan sekitar berikutan mereka lari dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa membawa wang, keperluan diri dan makanan.

"Kami percaya dalam keadaan mereka itu dengan penglibatan pelbagai agensi, kami akan dapat menahan mereka semula dan perkembangan mengenai maklumat tangkapan akan diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di luar depot itu pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi pencarian disertai Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jabatan Imigresen dan bantuan dari Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman.

Pemeriksaan ketat turut dilaksanakan menerusi sekatan jalan yang didirikan di kawasan sekitar Tapah dan daerah berhampiran iaitu Kampar serta Muallim.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik