Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Sahkan Individu Mati Diikat, Dipukul Positif Dadah

Polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

polis sahkan individu mati diikat, dipukul positif dadah

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya memaklumkan selepas mengetahui hasil laporan bedah siasat terhadap mayat lelaki tersebut semalam.

Advertisement

“Semakan mendapati si mati mempunyai 10 rekod dadah selain dikehendaki atas kesalahan dadah,” katanya.

Susulan kejadian itu, Hussein memberitahu, pihaknya menahan dua lagi individu berusia 22 dan 39 tahun di Kajang semalam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik