Permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) akan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia.

Advertisement
Pelawak berkenaan mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia akibat memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 dalam persembahan jenakanya.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, beliau memaklumkan permohonan berkenaan akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.
"Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian