Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sekumpulan individu memasak di stesen minyak pada 13 Mei lalu.

Susulan kejadian itu, pihak polis sedang giat mengesan sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti tersebut di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.
@utusantvofficial 13 MEI 24: Video dimuat naik di laman X Local Rakyat 🇲🇾 itu mendapat kecaman hebat netizen dan meminta supaya tindakan tegas dikenakan. 📍 Petron Genting Highlands. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #masakmaggigenting #masakmaggipetron #masakmaggi ♬ original sound - UtusanTV
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, pihak polis telah membuka kertas siasatan selepas laporan diterima pada Selasa lalu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.
“Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online