Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PM New Zealand Puji Potensi Malaysia

Lands-P.png

Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa, semalam.

Advertisement

Selain urusan rasmi, beliau turut mendalami budaya dan warisan sejarah Malaysia termasuk menikmati hidangan tempatan.

Luxon melawat tempat-tempat ikonik di Kuala Lumpur hingga berinteraksi dengan usahawan tempatan yang juga pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Secara tidak langsung, lawatan Luxon menonjolkan kepentingan strategik Malaysia terhadap masa depan New Zealand di Asia Tenggara.

Berdasarkan hantaran video berdurasi 51 saat yang dimuat naik di akaun X miliknya itu, Luxon berkata, lawatan itu memberi pandangan yang berharga mengenai peluang kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau menekankan kepentingan Asia Tenggara, khususnya Malaysia sebagai rantau utama bagi kepentingan ekonomi dan strategik New Zealand.

 

Sumber: SINAR Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik