Bagi meningkatkan sokongan kewangan kepada isi rumah, Jepun menawarkan wang tunai bagi mereka berpindah dari ibu kota.

Ini untuk mengatasi kepadatan penduduk di ibu kota dan kekurangan populasi di kawasan lain di seluruh negara.
Advertisement
Tawaran ini diberikan kepada keluarga yang layak di kawasan metropolitan Tokyo, mereka akan menerima 1 juta yen (RM33,600) bagi setiap anak bermula tahun fiskal 2023.
Namun, jika mereka 'berhijrah' ke lokasi kurang popular iaitu lebih tiga kali ganda daripada insentif 300,000 yen (RM10,079) sedia ada.
Malah, setiap keluarga yang mempunyai dua anak boleh menerima sehingga 3 juta yen (RM100,800) dengan syarat harus meninggalkan kawasan sekitar Tokyo.
Pihaknya menjalankan insentif kewangan itu bagi menghadapi cabarannegara matahari terbit itu yang mempunyai kadar kelahiran yang rendah dan jangka hayat yang panjang.
Pelbagai sokongan kewangan juga akan dimanfaat keluarga terlibat dengan bekerja dari jarak jauh atau melibatkan diri dalam perniagaan kecil dan industri sederhana atau memulakan perniagaan di kawasan setempat.
Sumber: Awani