Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kajian Buktikan Petaling Jaya, Manjung Dan Kluang Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun, bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia.

kajian buktikan petaling jaya, manjung dan kluang antara bandar paling bahagia di malaysia

Malah, bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah juga dipilih sebagai bandar paling bahagia.

Advertisement

Dapatan kajian ini juga diambil daripada Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memberitahu, Datuk M Noor Azman Taib, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Daripada kajian itu, kita dapati 79 peratus tau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus sementara 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus," katanya.

Sumber: Awani
 

SINAR Muzik Retro Terbaik