Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jururawat Palestin Terbunuh, Kenang Jasa Bantu Penduduk Cedera

Seorang jururawat, Muhammad Saber Qashqash dilaporkan syahid selepas rumah keluarganya di Beit Lahia, Utara Gaza dibedil Israel, malam semalam.

jururawat palestin terbunuh, kenang jasa bantu penduduk cedera

Menurut hantaran sahabat beliau, Mohammed Awed di aplikasi X, Muhammad Saber telah berkhidmat secara sukarela di sebuah hospital di utara Gaza selama kira-kira 140 hari sebelum terbunuh.

Advertisement

“Rakan saya, Muhammad telah syahid beberapa jam lepas. Dia telah melakukan segalanya untuk melindungi dan membantu mereka yang sakit dan tercedera di utara Gaza.

“Semoga syurga menjadi milikmu, sahabat,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi, tidak mudah mengalah dan gemar membantu orang lain.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik