Semalam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Malah, peristiwa cuaca bersejarah itu jelas menunjukkan hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara itu
Advertisement
Berdasarkan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat yang berlaku semalam merupakan hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun.
Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan bahawa rekod hujan yang berlaku di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim.
Pihak berkuasa juga menjangkakan bahawa jam-jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan.
Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan "Khatm Al Shakla" di Al Ain, mencecah 254mm dalam masa kurang daripada 24 jam.
Sumber: Sinar Harian / Bernama