Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Buru Buaya Di Tasik Shah Alam, Perhilitan Pasang Dua Perangkap

Lands-P-1.png

Dua perangkap dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) setiap satu bagi menangkap buaya tembaga di Tasik Shah Alam Seksyen 7.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, dua perangkap yang dipasang diyakini berupaya untuk menangkap reptilia tersebut dan salah satunya dipinjam daripada Perhilitan Negeri Sembilan.

Tambah beliau, Perhilitan akan membuat rondaan setiap hari untuk memantau perangkap dan umpan ayam yang dipasang.

“Saya juga akan meminta penduduk berdekatan atau sesiapa sahaja jika melihat kehadiran buaya di tasik ini segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

 

Sumber: SINAR Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik