Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Perempuan Tak Pernah Salah” - Wanita Cedera Ditikam Akibat Salah Faham

Seorang wanita menerima kecederaan di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain selepas ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali semalam.

“perempuan tak pernah salah” - wanita cedera ditikam akibat salah faham

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, dia memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.04 petang tadi.

Advertisement

Malah, dia juga dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek.

Perut mangsa telah ditikam dan suspek menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 26.5 sentimeter.

“Mangsa berusia 27 tahun yang mengalami luka di perut, selain cedera pada bahu, tangan kanan dan kiri serta kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek yang juga rakan kepada kakak mangsa kira-kira pukul 6 petang hari sama di sekitar kawasan Batang Kali,” katanya.

Setakat ini, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas suspek serta siasatan lanjut akan dijalankan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik