Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyewa ‘Hilang’, Rumah Sewa Ditinggalkan Dalam Keadaan Menyedihkan - “Masuk Rumah Tapi Macam Tapak Pembuangan Sampah…”

penyewa ‘hilang’, rumah sewa ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan - “masuk rumah tapi macam tapak pembuangan sampah…”Foto: X

Satu perkongsian di platform X oleh pengguna @_asruljamat mencetuskan perhatian ramai apabila mendedahkan pengalaman pahit seorang pemilik rumah berdepan penyewa bermasalah di Taman Melati, Setapak.

Advertisement

Menurut pemilik rumah, kediaman tersebut telah disewakan kepada Nurfarah Akila Zaharudin sejak 13 Mac 2023. Pada peringkat awal, urusan sewaan berjalan lancar tanpa sebarang isu kelewatan bayaran.

“Awalnya pembayaran sewa dibuat, tiada penangguhan,” jelas pemilik rumah dalam perkongsian tersebut.

Namun situasi mula berubah apabila bayaran sewa mula tertunggak sejak Januari 2024 dan berlarutan sehingga terkumpul mencecah beberapa ribu ringgit. Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila bil air dan elektrik juga didapati tidak dibayar.

Pemilik rumah dan suaminya kemudiannya cuba menyelesaikan perkara itu secara baik dengan meminta penyewa mengosongkan rumah sekiranya tidak lagi mampu membayar sewa. Malangnya, usaha tersebut menemui jalan buntu apabila segala panggilan dan mesej tidak dibalas.

“Call dan message tidak berbalas,” katanya.

Pada 1 Disember 2025, pemilik rumah bersama ibunya pergi ke kediaman tersebut untuk membuat pemeriksaan. Selepas berkali-kali mengetuk pintu tanpa sebarang jawapan, mereka terpaksa membuka pintu menggunakan kunci simpanan yang dimiliki.

Ketika itu, mereka mendapati suami kepada Farah berada di dalam rumah.

“Kami buka pintu menggunakan kunci yang kami ada, rupanya suami si Farah ada di dalam,” menurut pemilik rumah.

Perbincangan secara berhemah sekali lagi diadakan dan penyewa diminta untuk mengosongkan rumah sekiranya tidak mampu melunaskan tunggakan sewa.

Pada 7 Disember 2025, satu bayaran sewa diterima namun jumlahnya tidak penuh. Penyewa berjanji akan melangsaikan baki selebihnya pada 24 Disember 2025.

“Farah berjanji untuk bayar selebihnya pada 24/12/2025,” jelas pemilik rumah.

Namun janji tersebut tidak ditunaikan. Sehingga pertengahan Januari 2026, tiada sebarang bayaran mahupun maklum balas diterima, dan keadaan kembali berulang seperti sebelumnya.

“Sama seperti sebelumnya, call dan message x berbalas,” katanya lagi.

Mesej terakhir dihantar pada 12 Januari 2026 bagi memaklumkan pemeriksaan terakhir akan dibuat. Keesokan harinya, pada 13 Januari 2026, pemilik rumah dan suami pergi ke kediaman tersebut dan mendapati rumah berkenaan telah dikosongkan. Walau bagaimanapun, keadaan rumah yang ditinggalkan amat mengejutkan dan mengecewakan.

“Farah memang dah keluar dari rumah tu, tapi dia tinggalkan rumah dalam keadaan seperti rumah sampah,” katanya.

Menurut pemilik rumah, kediaman tersebut ditinggalkan dalam keadaan sangat kotor dan tidak terurus, dengan sampah tidak dibuang serta kebersihan langsung tidak dijaga. Perkongsian ini dibuat sebagai peringatan kepada pemilik rumah lain, khususnya di sekitar kawasan Taman Melati, Setapak, agar lebih berhati-hati sekiranya individu atau pasangan ini mencari rumah sewa.

“Tujuan post ini dibuat, sekiranya pasangan ini mencari rumah sewa area Taman Melati Setapak,” jelasnya.

Maklumat tambahan turut dikongsikan bahawa individu berkenaan bekerja di KL East Mall dan menggunakan nama Farah Akila di Facebook.

Sumber: X @dahfollowbelum

SINAR Muzik Retro Terbaik