Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyewa Jijik Tinggal Rumah Kotor, Bersepah

Sepasang suami isteri tak terkata apabila terpaksa menanggung kerugian lebih RM6,000 akibat tindakan penyewa pengotor dan ‘mental’.

penyewa jijik tinggal rumah kotor, bersepah

Anak pasangan tersebut, Abdul Latif Ab Razak meluahkan rasa kecewa apabila rumah sewa kedua ibu bapanya itu terletak di Taman Cempaka, Ipoh.

Advertisement

Keadaan rumah yang kotor dengan sampah-sarap dan kebanyakan peralatan juga musnah akibat penyewa tersebut.

Kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air dan baikpulih kerosakan mencecah RM6,000 menyamai nilai sewaan selama setahun.

“Kesian mak ayah aku kena hadap penyewa mental macam ini. Punya strategik kawasan ni. Dia nak apa kemudahan semua berhampiran sahaja.

“Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku. Dari sepatutnya raih pendapatan pasif tapi jadi sebaliknya,” tulisnya di hantaran.

Dia berharap penyewa agar bertanggungjawab dengan tuan rumah tersebut dan tidak membuta tuli untuk menjaga kebersihan dan keselamatan rumah sewa itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik