Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Diupah Menyanyi Di Majlis Kahwin, Penyanyi Didakwa Mencuri Kamera?

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah video membabitkan seorang penyanyi lelaki yang didakwa mencuri sebuah kamera ketika menghadiri undangan menyanyi di sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi perkongsian di laman X (Twitter), Nureen Imaan mendakwa bahawa penyanyi yang berusia 25 tahun itu cuba melarikan sebuah kamera ketika majlis berlangsung dengan cara menyembunyikannya di dalam poket seluar.

Advertisement

diupah menyanyi di majlis kahwin, penyanyi didakwa mencuri kamera?

Foto: X  @nureenimann

Dalam pada itu, Nureen mendakwa bahawa perbuatan tersebut telah dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di lokasi majlis perkahwinan tersebut.

 

“Awak tahu tak saya ada CCTV? Saya nampak dari CCTV, awak letak kamera tu dalam poket tak keluar-keluar,” ujar Noreen menerusi sebuah video.

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya ingin meminjam kamera tersebut untuk dijadikan ‘prop’ ketika bergambar.

Namun begitu, penjelasan yang diberikan penyanyi tersebut seolah-olah tidak dipercayai oleh Nureen.

diupah menyanyi di majlis kahwin, penyanyi didakwa mencuri kamera?

Foto: Instagram

Nureen memberitahu bahawa ketika kejadian, dia sedang mencari kameranya yang hilang dan bertanyakan kepada semua orang, termasuk penyanyi berkenaan.

Akan tetapi, penyanyi itu tidak memberitahu perkara sebenar bahawa dia telah ‘meminjam’ kamera tersebut.

“Semasa saya mencari kamera itu, saya pergi tanya semua orang termasuklah dia, tapi apa yang dia jawab adalah ‘oh I ada nampak tadi dekat atas meja, hilang ke?’ dan bukannya mengatakan kamera itu digunakan sebagai prop.

“Beraninya nak cuba mencuri di majlis perkahwinan yang kau sendiri dijemput untuk menyanyi? Lagi pula kau tu dikenali ramai. Berani betul,” marah Nureen.

Bagaimanapun, Nureen dipastikan sudah membuat laporan berhubung kes ini kepada pihak berkuasa memandangkan penyanyi tersebut masih berdiam diri dan menidakkan perkara tersebut.

Sumber: X  @nureenimann

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik