Penumpang terkejut apabila seekor ular ditemui memasuki sebuah kapal terbang semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.

Menurut perkongsian di laman TikTok @wannabnailssalon, video tersebut mendapat perhatian warganet dan menimbulkan kerisauan.
Advertisement
Semasa kejadian iaitu ketika pesawat mendarat, seorang penumpang menjerit dan memberitahu terdapat seekor ular merayap atas kepalanya sehingga mencetuskan panik dalam pesawat itu.
Namun, ada juga seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Usahanya itu telah berjaya dan dia telah menangkap ular kecil itu dengan memasukkannya ke dalam beg plastik.
Ramai warganet memuji tindakan pantas pembantu kapal yang kelihatan tenang mengendalikan penangkapan ular itu tetapi ada yang bertanya tentang bagaimana reptilia tersebut memasuki pesawat.
Sumber: Sinar Harian