Seorang penumpang Korean Air dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Seoul, Korea Selatan bertindak agresif dengan mencuba untuk membuka pintu kecemasan pesawat Korean Air KE658 .
Ketika kejadian, pesawat tersebut baru sahaja berlepas kira-kira satu jam dari Bangkok Thailand.
Advertisement
Video penumpang tersebut cuba membuka pintu kecemasan dirakam dan dikongsikan penumpang yang berada di dalam pesawat terbabit.
Passenger arrested after attempting to open an exit door on board Korean Air flight KE658.
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) November 9, 2024
In a statement Korean Air said a foreign male passenger was overwhelmed by crew and passengers on flight KE658 while flying between Bangkok and Seoul.
The passenger sat in a crew-only… pic.twitter.com/ARktP1DCYv
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Korean Air, penumpang tersebut duduk di tempat duduk kru yang terletak berhampiran pintu kecemasan. Bagaimanapun, apabila diminta untuk duduk ke tempat duduk sebenar, penumpang terbabit bertindak agresif dan mencuba membuka pintu kecemasan berkali-kali.
Bagaimanapun, keadaan menjadi terkawal selepas anak kapal membawa penumpang tersebut ke tempat yang selamat bagi meredakan keadaan dan penumpang yang lain.
Pesawat Korean Air KE658 tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Seoul dan penumpang tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa.