Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sekumpulan penjenayah bertindak memecah masuk studio sebuah stesen televisyen yang sedang bersiaran secara langsung di Ecuador.

Malah, penjenayah tersebut turut mengancam kru penerbitan rancangan itu dan memaksa mereka berbaring di atas lantai ketika bersiaran secara langsung sebelum menghentikan siaran.
Advertisement
Ketika serangan, seorang lelaki bersenjata mengacukan senapang patah ke arah kepala seorang tawanan yang turut diugut dengan pistol.
Pihak polis memaklumkan penjenayah kemudian membebaskan kesemua kakitangan dan melakukan 13 tangkapan.
Untuk pengetahuan, darurat diisytiharkan selepas penjenayah terkenal hilang dari sel penjaranya.
Setakat ini, lebih 10 orang terbunuh sejak darurat selama 60 hari bermula di Ecuador, Isnin lalu.
Namun, pelbagai persoalan timbul mengenai kejadian di studio TV di Guayaquil itu mempunyai kaitan dengan kehilangan ketua kumpulan Choneros, Adolfo Macías Villamar, atau yang lebih dikenali sebagai Fito.
Ramai pasukan polis di sempadan Peru telah dikerahkan untuk mengelakkan sebarang ketidakstabilan memasuki negara itu.
Sumber: Berita Harian