Baru-baru ini, warganet terkejut apabila seorang juruvideo dari United Kingdom mendakwa seorang peniaga menjual daging kucing di sebuah pasar basah di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Beberapa foto telah dimuat naik Ragib Choudhury di laman media sosialnya dan dia mendedahkan perkara tersebut.
Advertisement
Menurutnya, dia sedang berjalan melalui sebuah lorong di belakang pasar terbabit terpanggil untuk memasuki sebuah pintu premis perniagaan.
“Saya masuk dan ambil beberapa gambar sehingga saya melihat sebuah bilik kecil yang menarik perhatian saya. Saya pernah mendengar cerita orang makan kucing, tetapi sukar untuk membayangkannya,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online