Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peniaga ‘Complaint’ Kaedah ‘Cashless’, Ada Pelanggan Sanggup Menipu

Seorang peniaga meluahkan rasa kesalnya terhadap pelanggan yang bergantung kepada sistem transaksi tanpa tunai (cashless) sahaja.

peniaga ‘complaint’ kaedah ‘cashless’, ada pelanggan sanggup menipu

Menerusi video seorang peniaga dikenali sebagai Kak Ji, dia menasihati pelanggan supaya membawa sedikit wang tunai ketika keluar makan walaupun wujud sistem canggih masa kini.

Advertisement

Dia memberi nasihat begitu kerana ada kalanya masalah internet boleh berlaku ketika cuba membuat pembayaran.

“Yang mana suka gaya cashless ini, sekurang-kurangnya letaklah sedikit wang tunai di dalam beg.

“Janganlah ‘lurus’ sangat. Sebab line internet kadang-kadang buat hal. Kita dah siap makan, perut dan kenyang, nak bayar cashless, internet buat hal, macam mana?

“Kalau pemilik kedai itu baik, tidak apa, bayar lain kali. Kalau kita tak kenal kedai dan pemiliknya, dia nak benarkan ke?” luahnya.

Pelbagai reaksi daripada warganet dan kebanyakan bersetuju dengan keluhan peniaga ini kerana ada pelanggan yang sanggup menipu apabila kaedah tanpa tunai digunakan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik