Penduduk sekitar dan peniaga terkejut apabila kebakaran berlaku secara tiba-tiba di Uptown Kota Damansara di Jalan Teknologi Kota Damansara malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian pukul 8.34 malam ini.
Advertisement
Malah, lebih 23 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Damansara, BBP Petaling telah dikerahkan ke lokasi.
“Anggota tiba di lokasi pukul 8.43 malam dan mendapati kawasan bangunan gerai-gerai yang beroperasi di kawasan itu terbakar 90 peratus.
“Seterusnya, bangunan Gym turut terbakar 50 peratus,” katanya.
Tindakan pantas anggota Bomba telah berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.06 malam dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba.
“Tiada kemalangan jiwa terlibat dalam kebakaran ini manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online