Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengunjung Masjid Putra Bakal Lihat Fenomena Lahaina Noon Secara Dekat, Khamis Ini

Fenomena Lahaina Noon akan berlaku di seluruh dunia pada Khamis ini dan ia hampir menyerupai fenomena ekuinoks disahkan pakar falak, Datuk Dr. Azhari Mohamed.

pengunjung masjid putra bakal lihat fenomena lahaina noon secara dekat, khamis ini

Pengunjung Masjid Putra berpeluang untuk menyaksikan fenomena tersebut dan ia diunjurkan berlaku pada pukul 1.18 tengah hari.

Advertisement

“Ia seumpama peristiwa hari sifar bayang tetapi bezanya zenith atau lintasan matahari itu tidak terjadi tepat di garisan lintang 0 darjah iaitu Khatulistiwa.

“Seperti ekuinoks, fenomena Lahaina Noon turut berlaku dua kali dalam setahun, namun meliputi kawasan yang terletak antara garisan Sartan dan Jadi,” katanya.

Secara geografi asas, Sartan atau Tropic of Cancer serta lawannya iaitu Jadi atau Tropic of Capricorn terletak masing-masing garisan latitud 23 darjah Utara dan 23 darjah Selatan.

Kedua-duanya merupakan had lingkungan maksimum zenith dan turut berlaku di Mekah apabila matahari melintasi tepat atas Kaabah yang dirujuk falak sebagai Istiwa A’dzam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik