Jalan Batang Kali – Genting Highland yang rosak akibat kejadian tanah runtuh dijangka boleh digunakan selewat-lewatnya Mei tahun depan.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, pihaknya memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan khas bernilai RM19 juta bagi penyelesaian dan penstabilan cerun itu kerana projek kecemasan.
Advertisement
Malah, TerraLink Wall System merupakan kaedah teknikal yang paling sesuai digunakan memandangkan lokaliti tersebut agak sempit.
“Kerja-kerja pembaikan kini pada tahap 38.6 peratus yang telah dimulakan sejak 28 Mei lalu dan dijadualkan siap 29 Mac tahun depan.
“Kita akan buka kembali jalan itu, mungkin sebulan atau dua bulan selepas tarikh siap,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Sumber: Kosmo Online