Seorang wanita warga asing diberkas pihak polis ketika sedang meminta sedekah di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai.
Malah, suspek yang merupakan warga asing itu bermodalkan bekas berwarna merah jambu dan duduk sambil menadah tangan.
Advertisement

Dilaporkan, suspek memperoleh kutipan wang hasil sebanyak RM240 hanya beberapa jam sahaja.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya memaklumkan kegiatan suspek dibongkar menerusi aduan yang diberikan oleh orang awam.
"Suspek didapati meraih simpati di lokasi dengan meminta sedekah daripada orang ramai.
"Suspek kemudiannya ditahan sebelum pemeriksaan dalam beg yang disandang suspek mengandungi wang kira-kira RM240 hasil kegiatan tersebut," katanya.
Tambahnya, suspek disahkan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955," ujarnya.
Sumber: Sinar Harian