Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengasuh Taska Didakwa Kurung Anak Autisme, Kepit Bayi Guna Kaki Paksa Minum Susu

pengasuh taska didakwa kurung anak autisme, kepit bayi guna kaki paksa minum susuFoto: Instagram

Kemarahan netizen meletus selepas beberapa rakaman video menunjukkan layanan kasar terhadap kanak-kanak di sebuah taska swasta di Shah Alam menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Video pertama yang dimuat naik oleh pempengaruh Ariz Ramli atau Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter memaparkan seorang wanita dipercayai pengasuh meninggalkan seorang kanak-kanak autisme bersendirian di dalam bilik stor dalam keadaan tanpa pakaian.

Selain itu, Caprice turut berkongsi satu lagi rakaman yang memperlihatkan seorang pengasuh wanita didakwa memaksa seorang bayi minum susu dengan cara mengepit bayi itu menggunakan kaki. Dalam video sama, kelihatan juga bayi tersebut diusap wajahnya secara kasar menggunakan lampin.

 

 

Menurut Caprice, rakaman tersebut dibuat oleh seorang pelajar praktikal di taska terbabit dan kemudian diserahkan kepadanya untuk tujuan pendedahan kepada umum.

Dalam ruangan kapsyen, Caprice turut menandakan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia bagi memastikan isu tersebut disiasat dengan segera.

Sehingga kini, dua video berkenaan menerima lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh kurang daripada sehari, menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

SINAR Muzik Retro Terbaik