Seorang budak lelaki di Thailand bertindak membaling gunting kepada kakaknya hingga alat itu tercacak di kepala kakaknya itu.

Tindakan yang dilakukan tersebut berpunca daripada pengaruh dengan watak ganas di televisyen.
Advertisement
Tin yang berusia empat tahun berpura-pura sebagai karakter dalam cerita di televisyen apabila dia tiba-tiba melempar gunting kepada kakaknya, Nong, 10.
Selepas kejadian ngeri itu, kakaknya tidak mahu bermain lagi di rumah mereka di Thailand.
Gunting itu menusuk kepala kakaknya, menembusi tengkorak mangsa sehingga sedalam satu inci (kira-kira 25.4 milimeter).
Jaroon berkata, dia sudah memberitahu cucunya itu untuk menjauhkan diri dari ruang kerja besi itu sebab dibimbangi mungkin terkena kepingan logam.
“Tidak lama selepas itu, saya mendengar Nong menjerit dan menangis. Saya berlari untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati gunting itu tersangkut di bahagian tepi kepalanya.
“Saya cuba mengeluarkan sendiri gunting itu, tetapi ia tertanam kuat dalam tengkorak Nong,” katanya.
Nong dikejarkan ke hospital di mana doktor akhirnya dapat mengeluarkan gunting itu dan dia dirawat di hospital selama dua hari sebelum dibenarkan keluar.
Sumber: Harian Metro / Metro UK