Foto: Tangkapan skrin layar TikTok
Sepasang pengantin menarik perhatian ramai apabila memilih tema perkahwinan eksotik yang unik dengan menampilkan pelbagai haiwan seperti ular, katak, burung, ayam serta sesumpah sebagai sebahagian dekorasi majlis.
Advertisement
Rakaman video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @Afifah_events menunjukkan tetamu begitu teruja apabila diberi peluang untuk memegang dan bergambar bersama haiwan eksotik tersebut sepanjang majlis berlangsung.
Tema ini berjaya mencipta suasana tersendiri sambil mengekalkan keaslian dan keakraban majlis walaupun tampil dengan aura yang luar biasa.
Menurut kapsyen yang menyertai video itu, perancang majlis berkata inilah antara majlis paling unik pernah mereka kendalikan.
Menerusi pengalaman menguruskan ratusan majlis perkahwinan, tema ini dianggap paling menyerlah dan mencuri tumpuan ramai. “Majlis tetap intim tetapi aura sangat luar biasa” – tulis mereka.
@afifah_events Serius, sepanjang kami urus beratus majlis… yang ni paling WIN habis ! 🤣🫶🏼Majlis tetap intimate, tapi vibes dia bukan biasa-biasa. . . . 📩 Nak majlis yang orang tak lupa sampai cucu? DM kami sekarang. Pakej lengkap, tempat cantik, team onz! #SeriSiantanWedding #AfifahEvents #fyppppppppppppppppppppppp #weddingtiktok #kendurikahwin #WeddingWithPettingZoo #MajlisKampungLevelUp #KahwinTapiAdaKambing ♬ original sound - afifah_events
Tidak pasti sama ada tema ini sesuai untuk semua versi perkahwinan, warganet yang mengikuti video tersebut melahirkan pelbagai reaksi.
Ada yang terhibur dengan idea kreatif tersebut. Pengguna TikTok bernama Fatien menyindir dalam nada jenaka: “Kalau doktor gigi pula? Nak bagi doorgift gigi palsu ke?”.
Wujud komen berkaitan situasi 'realistik' majlis eksotik seperti ini. Seorang pengguna lain, Anyaefforger, berkata “Okay faham. Nanti kalau kahwin dengan cikgu Sejarah kena buka muzium”.
Seorang lagi pengguna, R3do4n, terus memberi kapsyen: “Ini bukan tema kahwin estetik tapi eksotik”
Menerusi video berdurasi pendek ini, pasangan pengantin bukan sahaja berjaya memecah norma dalam tema perkahwinan, tetapi juga menunjukkan rasa berani untuk tampil berbeza.
Tema eksotik yang disediakan juga menyerlahkan bagaimana pengantin boleh menggabungkan unsur hiburan dan kemeriahan dalam majlis sambil mengekalkan keakraban tetamu undangan.
Sumber: TikTok