Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Detik Sayu di Hari Perkahwinan, Pengantin Nikah Bersebelahan Jenazah Ibu

detik sayu di hari perkahwinan, pengantin nikah bersebelahan jenazah ibuFoto: Tangkap layar video TikTok

Hari yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia bagi seorang wanita bertukar menjadi momen paling memilukan apabila ibu tercinta meninggal dunia pada hari sama majlis pernikahannya berlangsung.

Advertisement

Wanie, pengantin perempuan, harus menempuh akad nikah dalam keadaan pilu selepas ibunya, Jewayah Tazally, 70, yang sebelum ini menghidap kanser, meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis berlangsung.

“8 Februari emak lahirkan saya, 8 Februari emak pergi meninggalkan saya, 8 Februari sepatutnya emak tengok saya nikah,” luah pengantin itu.

Menurut rakan Wanie, ibu pengantin meninggal pada jam 3 pagi, sementara akad nikah dijadual pada jam 9 pagi di surau yang sama. Peristiwa ini meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga pengantin, yang harus menguatkan diri demi meneruskan majlis penting itu.

 

@anna_nurfarhannah Sharul, Jaga Wanie Baik-Baik Ya 😢 Dia dah takde mak & ayah sekarang😔#fyp ♬ Bila Tiba - UNGU

 

Video yang memaparkan suasana pilu keluarga pengantin tular di media sosial selepas dikongsikan pengguna TikTok, Anna Farhanah.

Anna menjelaskan bahawa majlis nikah asalnya telah dipercepatkan kerana keadaan kesihatan ibunya yang semakin merosot, dengan harapan Wanie sempat melihat ibunya di hari bahagia itu.

“Wanie risau tidak sempat uruskan dokumen, tetapi akhirnya berjaya diselesaikan dalam masa singkat.

“Dia mahu emak ada bersamanya, namun beberapa jam sebelum akad nikah, Allah ambil kembali emak Wanie. Kita merancang, Allah yang menentukan,” kata Anna.

 

@miloaisikattepi00_

Doakan mak saya ditempatkan orang2 beriman🤲🏻

♬ suara asli - Salman Alpaizar

 

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut turut berkongsi rasa sebak dan mengirim ucapan takziah serta kata semangat buat Wanie dan keluarga.

“Anak berpakaian putih menuju alam perkahwinan, ibu berpakaian putih menuju alam abadi. Al-Fatihah,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi menambah, “Sakit kehilangan orang tersayang memang sangat berat. Semoga Allah beri kekuatan dan rahmat dalam hari-hari mendatang.”

Kisah ini menjadi pengingat bahawa manusia hanya mampu merancang, sementara ketentuan Ilahi menentukan setiap langkah kehidupan. Detik pilu ini tetap meninggalkan kenangan mendalam, namun semangat dan kasih sayang keluarga menjadi penguat kepada pengantin baharu untuk menempuh hari-hari mendatang.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik