Seramai 50,098 peneroka haram Yahudi bertindak menyerbu Masjid Al-Aqsa sepanjang tahun 2023.
Ia merupakan angka kedua tertinggi pernah direkodkan bagi pencerobohan sedemikian.
Advertisement

Menurut pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Pemantauan Al-Azhar bagi Membanteras Ekstremisme, insiden paling buruk berlaku semasa perayaan orang Yahudi pada Oktober tahun lalu.
“Dalam insiden tersebut, lebih 8,000 peneroka haram Yahudi menyerbu pekarangan Al-Aqsa di bawah perlindungan tentera penceroboh Israel. Mereka menyerang dan mengusir jemaah Palestin,” katanya.
Tambahnya, jumlah pencerobohan tertinggi ke atas Masjid Al-Aqsa dalam masa setahun adalah seramai 51,483 yang direkodkan pada 2022 sejak Rejim Zionis menduduki Baitulmuqaddis Timur pada 1967.
Pencerobohan itu berlaku dan bukti usaha bersepadu Israel yang mahu menguasai masjid tersebut.
Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam justeru,
Pelbagai pihak berang akan tindakan mereka menceroboh Al-Aqsa yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.
Sumber: Kosmo Online