Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Terkejut Temui Ikan Pelik Di Pantai Mexico

Baru-baru ini, penduduk terkejut apabila mereka menemui seekor haiwan yang tidak dikenali spesiesnya telah mati terdampar di pantai Destiladeras, Mexico.

penduduk terkejut temui ikan pelik di pantai mexico

Memetik laporan Sinar Harian, mereka melihat haiwan tersebut mempunyai sedikit persamaan dengan ikan lumba-lumba tetapi mempunyai gigi tajam, ekor seperti ular dan tidak mempunyai mata.

Advertisement

Malah, nelayan yang ditemui juga tidak mengenal pasti spesies mamalia ini dan belum menjumpainya di laut atau tersangkut dalam pukat mereka.

Namun, ada sesetengah individu mendakwa haiwan ini berkemungkinan berasal dari laut dalam pada kedalaman lebih seribu meter dari pantai tersebut.

Difahamkan, segelintir haiwan yang tinggal pada kedalaman tinggi atau gelap serta terhindar dari cahaya matahari, tiada 'mata asas' dan mereka mencari makanan menggunakan deria semula jadi.

Media tempatan tampil membuat kesimpulan bahawa tiada siapa mengenal pasti makhluk aneh ini dan tiada laporan mengenainya dalam media lain.

Malah, ada juga yang menganggap haiwan pelik itu berkemungkinan 'palsu' disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik