Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Terkejut Dihujani Cacing Di China, Terpaksa Guna Payung

Baru-baru ini, penduduk di wilayah Liaoning, China terkejut apabila fenomena ‘hujan cacing’ menimpa kawasan mereka.

penduduk terkejut dihujani cacing di china, terpaksa guna payung

Difahamkan, penduduk digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu penuh dilanda fenomena tersebut.

Advertisement

Video tersebut tular di media sosial yang jelas menunjukkan situasi hujan cacing itu berlaku dengan haiwan itu berselerak di atas jalan dan turut memenuhi bumbung kereta.

Penduduk kawasan tersebut terpaksa menggunakan payung ketika berjalan di kawasan terjejas akibat dihujani haiwan tersebut.

Punca bencana itu masih disiasat dan belum diketahui setakat ini tetapi kertas penyelidikan mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran angin.

Malah, teori lain juga berkongsi kemungkinan cacing-cacing itu sebenarnya pokok tulip dengan bunganya menyerupai haiwan tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik