Penduduk sekitar di Essex dan London tergamam apabila melihat matahari terbit berona merah menyala pagi semalam.
Malah, ia mula menjadi bualan orang ramai apabila gambar tersebut dirakam di Essex dan dikongsikan kepada warganet.
Advertisement

Fenomena itu terjadi dengan terlihatnya situasi langit pada permulaan hari berwarna merah, manakala penduduk tempatan berkata, suasana kelihatan seperti langit sedang terbakar.
Ia berlaku selepas hujan lebat melanda seluruh Britain baru-baru ini yang menyaksikan 127 amaran banjir dikeluarkan.
Namun, pemandangan di dua kawasan itu berbeza daripada ramalan kaji cuaca.
Menurut Jurucakap Pejabat Meteorologi Britain, pihaknya memaklumkan fenomena langit merah boleh menjadi lebih ‘menyala’ apabila habuk dan zarah kecil terperangkap di atmosfera disebabkan tekanan tinggi.
“Lebih banyak cahaya biru tersebar dan hanya meninggalkan cahaya merah untuk mewarnai langit. Ini menjelaskan mengapa habuk Sahara atau api kebakaran menyebabkan matahari terbenam lebih berwarna merah,” katanya.
Sumber: Kosmo Online / Mail Online