Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Terkejut Temui Objek Misteri Terdampar Di Pantai

Penduduk sekitar terkejut apabila menemui sebuah objek besar yang tidak dikenal pasti terdampar di pantai terpencil di Australia Barat.

penduduk terkejut temui objek misteri terdampar di pantai

Setakat ini, pihak berkuasa Australia sedang meneliti asal usul objek berkenaan yang terdampar itu.

Advertisement

Pada Isnin, Polis Australia Barat memaklumkan pihaknya sedang menyelaras siasatan mengenai asal-usul objek silinder diselaputi teritip, yang ditemui di pantai berhampiran Teluk Jurien pada Ahad, kira-kira 250 kilometer ke utara Perth.

"Objek itu mungkin berasal dari kenderaan pelancar angkasa dan kami sedang berhubung dengan rakan sejawatan global yang mungkin dapat memberi lebih banyak maklumat.

"Memandangkan asal usul objek itu tidak diketahui, masyarakat setempat harus mengelak daripada menyentuh atau cuba mengalihkan objek itu,” katanya.

Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan dan Pusat Kimia Australia Barat melaporkan dan menentukan item itu selamat dan "tiada risiko semasa kepada masyarakat" selepas analisis dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik