Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Ketakutan, Misteri Ketukan Pintu Belum Terungkai

Penduduk di Felda Air Tawar 5 sering ketakutan apabila menerima ketukan pintu di awal pagi.

Malah, mereka juga risau mungkin ia perbuatan jenayah atau ianya kejadian mistik.

Advertisement

penduduk ketakutan, misteri ketukan pintu belum terungkai

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, pihaknya memaklumkan tiada sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini dan mereka menghantar anggotanya untuk membuat pemantauan lanjut.

“Kita difahamkan kejadian itu berlaku ke atas seorang warga emas berusia 60-an pada waktu malam apabila pintu dibuka tiada orang kemudian warga emas itu menutup semula pintu dan tiada apa-apa berlaku kepada wanita tersebut.

“Pihak polis juga telah mendapatkan maklumat dari ketua blok dan seterusnya menghantar pasukan untuk membuat rondaan sekiranya perkara yang mencurigakan berlaku.

“Siasatan awal kita mendapati kejadian ketukan pintu rumah itu hanya berlaku di sebuah rumah melibatkan satu malam sahaja dan bukan melibatkan ramai penduduk,” katanya.

Misteri ketukan pintu masih belum terungkai dan pihaknya menasihati penduduk sekitar agar membuat aduan dengan pantas kepada pihak polis.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik