Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemindahan Rakyat Malaysia dari Iran Bermula Jumaat Ini

pemindahan rakyat malaysia dari iran bermula jumaat iniFoto: Bernama

Kerajaan Malaysia akan memulakan proses pemindahan rakyatnya yang berada di Iran bermula Jumaat ini (20 Jun 2025) susulan keadaan keselamatan di negara itu yang semakin meruncing dan tidak menentu.

Advertisement

Memetik siaran media yang beredar, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurutnya, kumpulan yang akan dipindahkan termasuk wakil kerajaan, pelajar dan pelancong yang telah mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran. Menurut beliau, jumlahnya tidak banyak, tetapi semua persiapan visa dan dokumentasi telah dimuktamadkan.

“Insya‑Allah mereka akan melakukan perjalanan keluar dalam tempoh sehari dua ini, dijangka pada 20 Jun ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Tindakan ini selaras dengan nasihat Kementerian Luar untuk rakyat Malaysia di Iran meninggalkan negara itu serta-merta melalui saluran selamat yang tersedia. Kedutaan Malaysia di Tehran kini berada dalam hubungan rapat dengan semua pemegang pasport yang telah mendaftar, memastikan bantuan konsular disediakan bagi melancarkan proses pemindahan.

Ketegangan antara Israel dan Iran semakin meningkat selepas serangan Israel pada Jumaat lalu ke atas sasaran ketenteraan dan nuklear Iran. Israel mendakwa tindakan itu bertujuan menghalang pembangunan kemampuan nuklear Tehran; media Iran turut melaporkan letupan di beberapa lokasi sensitif di Tehran serta kehilangan nyawa di pihak mereka .

Dalam usaha keselamatan berterusan, Malaysia turut mempertimbangkan misi pemindahan melalui laluan Ashgabat untuk evakuasi berkesan, memandangkan bandar itu menawarkan laluan alternatif yang lebih selamat .

Kerajaan komited untuk memastikan keselamatan warganya di luar negara terpelihara dan akan terus memantau situasi di Iran serta mengambil tindakan yang perlu mengikut keperluan semasa.

Sumber: Facebook

SINAR Muzik Retro Terbaik