Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Indonesia ‘Terpaku’ Dapat Lihat Kediaman Dato’ Sri Siti Nurhaliza Depan Mata

Seorang peminat dari Indonesia tergamam apabila dapat menjejakkan kaki di rumah penyanyi kegemarannya Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Serius, ini rumah Siti Nurhaliza?,” katanya.

@mgpapapika @SitiZone @Siti Nurhaliza , tengok ni Pelawat dari #indonesia happy sangat lalu rumah Penyanyi kegemaran dia. @bukhoy #tiktokmalaysia #inspirasiraya2023 @Cami 🐻 ♬ Dj Gamm Gamm Piri Slow - DJ BAHBUS

Advertisement

Individu yang dikenali sebagai Bukhoy itu teruja dan tidak terlepas untuk merakamkan saat indah di hadapan kediaman penyanyi tersebut.

"Saya sangat gembira. Selepas sekian lama dalam usia saya, kali ini, saya dapat lihat rumahnya. Indonesia, ini rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza," katanya.

peminat indonesia ‘terpaku’ dapat lihat kediaman dato’ sri siti nurhaliza depan mata

Malah, dia juga menyanyikan lagu popular Siti, Purnama Merindu di hadapan kediaman penyanyi itu.

Menariknya, penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pengalamannya di media sosial apabila sering kali terdengar 'jeritan' individu yang melintasi kediamannya.

"Saya tahu, ramai orang lalu depan rumah saya dan jerit, 'Siti! Siti!'. Rumah saya di depan (jalan), memang terdengarlah siapa yang jerit.

"Kadang, saya jerit balik, 'Ya!'. Tak tahulah mereka boleh dengar atau tidak. Tapi, memang biasa saya dengar orang jerit.

"Budak-budak motor ke, kadang-kadang budak balik balik sekolah, panggil 'Mat Iti!', 'Tok Ti!'," ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik