Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Isu Ini Bukan Remeh” - Jual Stoking Tertera Kalimah ALLAH, Pemangku Sultan Johor Seru Tindakan Tegas Dikenakan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH.

“isu ini bukan remeh” - jual stoking tertera kalimah allah, pemangku sultan johor seru tindakan tegas dikenakan

Menurut Tunku Ismail, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan sama sekali tidak boleh dipandang remeh.

Advertisement

"Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

"Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

"Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara," titah baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi pada Selasa.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik