Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemandu Tak Perasan Terlanggar Kanak-Kanak Perempuan?

Kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera apabila dilanggar sebuah kereta yang mengundur laju di hadapan sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam, semalam.

pemandu tak perasan terlanggar kanak-kanak perempuan?

Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan mangsa berada di laluan kaki lima premis tersebut.

Advertisement

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mereka mendapati ketika kejadian lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan mengambil anaknya dari sebuah tadika.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu yang mengundur untuk memasuki petak parkir dipercayai tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga mengundur laju.

“Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang juga pejalan kaki dan pintu depan premis kedai tersebut,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera ringan dan calar di mukanya dan dilaporkan stabil serta telah dibenarkan keluar daripada hospital tersebut,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik