Baru-baru ini, sebuah kereta merempuh dua penunggang basikal di Jalan Dengkil, Kota Warisan, Sepang, pagi Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, beliau memaklumkan kejadian berlaku disebabkan pemandu tersebut terleka ketika memeriksa mesej dari aplikasi Grab di telefon pintar.
Advertisement
Pemandu kereta berada di laluan kiri dari arah Kajang dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Video tular itu juga jelas memaparkan penunggang basikal terjatuh akibat dilanggar pemandu kereta tersebut.
“Pemandu kereta dikesan terlanggar belakang sebuah basikal, menyebabkan seorang lagi penunggang basikal melanggar seorang lagi penunggang basikal lain.
“Ketika memeriksa mesej, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan dan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala basikal penunggang rosak di bahagian tayar serta rim belakang.
Pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta serta seorang penunggang basikal telah membuat laporan polis dan mereka sudah diambil rakaman percakapan.
Sumber: Kosmo Online