Foto: Tangkap layar video TikTok
Sekumpulan pelarian etnik Rohingya mencuri perhatian ramai selepas mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi di Pekanbaru, Indonesia, baru-baru ini.
Advertisement
Difahamkan, kira-kira 100 pelarian terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul pada Isnin, 19 Januari 2026, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bantuan sara hidup yang mereka terima.
Bantuan Semakin Berkurangan
Wakil kumpulan berkenaan, Muhammad Shobi, mendakwa bantuan kewangan yang disalurkan kepada mereka semakin menyusut sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak seiring dengan peningkatan kos sara hidup.
“Sejak 2023, bantuan makin berkurang sedangkan harga barang dan sewa rumah terus naik. Duit yang ada sekarang tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian,” katanya.
@pikiranrakyat Pengungsi Rohingya menggelar aksi unjuk rasa di Jalan M Jamil, kawasan Bandar Serai, Pekanbaru, pada Senin (19/1/2026). Aksi tersebut dilakukan untuk menuntut peningkatan bantuan biaya hidup yang dinilai terus mengalami penurunan dan tidak lagi mencukupi kebutuhan sehari-hari. . Dalam aksi itu, para pengungsi membentangkan sejumlah spanduk yang berisi tuntutan pemenuhan kebutuhan dasar. Mereka mendesak adanya layanan medis yang memadai, peningkatan bantuan tunai, akses pendidikan bagi anak-anak, tempat tinggal yang layak, serta kemudahan transportasi untuk menjangkau layanan publik. . Salah seorang pengungsi menyampaikan bahwa saat ini bantuan bulanan yang diterima sebesar Rp1,05 juta untuk individu, Rp1,7 juta untuk keluarga, dan Rp2,3 juta untuk keluarga dengan satu anak. Menurutnya, jumlah tersebut tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari, sehingga mereka berharap adanya perhatian dan kebijakan baru dari pihak terkait. . #Rohingya #Pekanbaru
♬ original sound - pikiranrakyat
Terpaksa Bayar Sewa Sendiri
Menurutnya, pelarian kini tidak lagi menikmati kemudahan tempat tinggal percuma dan terpaksa menggunakan wang bantuan bulanan untuk membayar sewa rumah yang mencecah sehingga 900,000 Rupiah sebulan.
Katanya, bantuan sekitar 1.05 juta Rupiah bagi individu dan 2.3 juta Rupiah untuk keluarga kecil dianggap terlalu rendah selepas ditolak kos sewaan.
“Selepas bayar sewa, baki duit yang ada tidak cukup untuk beli susu bayi dan makanan harian,” ujarnya.
Bentang Lima Tuntutan Utama
Dalam perhimpunan tersebut, kumpulan pelarian berkenaan turut membawa sepanduk yang menyenaraikan lima tuntutan utama kepada pihak berkaitan.
Antara tuntutan itu termasuk peningkatan bantuan kewangan, akses rawatan kesihatan di hospital, peluang pendidikan untuk anak-anak pelarian, penyediaan tempat tinggal yang lebih selesa serta kemudahan pengangkutan bagi urusan harian.
Demonstrasi yang berlangsung di bawah cuaca panas itu turut diselubungi suasana pilu apabila terdapat ibu-ibu yang kelihatan menangis sambil menggendong bayi, merayu agar nasib mereka diberi perhatian.
“Ini bukan soal kemewahan, kami hanya mahu hidup dengan lebih manusiawi,” kata seorang peserta demonstrasi.
Bagaimanapun, tindakan kumpulan tersebut mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Sebahagian netizen dari negara jiran meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa rakyat tempatan sendiri sedang berdepan tekanan kos sara hidup, namun pelarian pula tampil membuat tuntutan tambahan.