Baru-baru ini, tular kisah seorang pelanggan yang enggan membayar penuh jumlah bayaran yang dipesan kerana terlalu mahal.

Malah, pemilik restoran makanan laut di Sabah itu berang kerana pelanggan itu hanya membayar RM400 dan bukannya harga penuh RM1,102.20.
Advertisement
Menurut perkongsian pemilik restoran itu di laman Facebook, dia juga mendedahkan pelanggan itu terus keluar lari dari restoran terbabit.
Tambahnya, pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan laut seperti ‘lobster king’, sotong goreng, dua set masakan ketam, ikan kerapu dah beberapa jenis minuman.
“Tiada alasan untuk tidak membayar sedangkan kita sendiri tahu apa menu yang dipesan. Apa pun alasannya harap segera membuat pembayaran selebihnya,” tulisnya.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga telah menjalankan siasatan di restoran mereka selepas isu ini tular.
“Tiada masalah dan apa-apa yang mencurigakan di restoran kami,” tambahnya.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap tindakan pelanggan itu yang lari dan tidak membayar jumlah penuh makanan yang dipesan mereka.
Sumber: Kosmo Online