Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Empat Lelaki Termasuk Pelakon Drama Berdepan Hukuman Mati

empat lelaki termasuk pelakon drama berdepan hukuman mati

Empat orang lelaki termasukn seorang pelakon drama bakal berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Januari lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai rokok elektronik.

Advertisement

Mereka yang terlibat adalah pelakon dan juga pemilik kedai, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dua pekerjanya, HS Sarvinder Singh, 23, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, sementara seorang lagi, peniaga burger, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30.

Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Majistret Wong Chai Sia pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memberitahu bahawa, laporan kimia bagi kes berkenaan belum diterima.

Susulan daripada itu, mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac ini.

Pada 10 Januari lalu, mereka didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan, hendaklah dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, serbuan jam 9.45 malam itu berjaya menemukan dadah jenis ganja seberat 494 gram (g) dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml).

 

SINAR Muzik Retro Terbaik