Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Inovasi Pelajar UTM, Cat Kalis Api Murah Ciptaan Anak Muda Raih Pengiktirafan Antarabangsa

inovasi pelajar utm, cat kalis api murah ciptaan anak muda raih pengiktirafan antarabangsa

Foto: Facebook

Advertisement

Tiga pelajar tahun dua dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya membangunkan cat kalis api berkos rendah yang memenangi pingat perak di pertandingan International Undergraduate Innovation Competition 2025 (IUIC’25) yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.

Dikenali sebagai ’Fire-Retardant Paint’, inovasi ini dihasilkan oleh Azam Fahmi Ahmad Fazli bersama dua rakan sepasukannya, Muhammad Faris Muhammad Anas dan Muhammad Hafizuddin Mustapa.

Idea tersebut tercetus hasil pemerhatian terhadap risiko kebakaran tinggi di kawasan luar bandar yang masih banyak menggunakan rumah kayu.

“Ramai penduduk kampung masih tinggal di rumah kayu, dan kami mahu bantu mereka kurangkan risiko kebakaran dengan cara yang lebih mampu milik,” jelas Azam Fahmi.

Cat berasaskan bahan mesra alam itu dihasilkan tanpa bahan kimia berbahaya dan mampu mengurangkan kadar pembakaran kayu sehingga 40 peratus berdasarkan ujian makmal. Selain menjimatkan kos, ia turut menampilkan keberkesanan tinggi dalam melambatkan penyebaran api.

Pasukan berkenaan kini dalam usaha menambah baik formulasi produk dan sedang berbincang dengan beberapa pihak industri tempatan untuk tujuan pengkomersialan agar ia dapat dimanfaatkan oleh komuniti luar bandar.

Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi anak muda Malaysia bukan sekadar teori di makmal, tetapi mampu memberi impak besar terhadap keselamatan masyarakat dan kesejahteraan komuniti.

Sumber: Facebook

SINAR Muzik Retro Terbaik