Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar ‘Buat Cerita’ Diculik Gara-gara Enggan ke Sekolah

pelajar ‘buat cerita’ diculik gara-gara enggan ke sekolah

Foto sekadar hiasan

Advertisement

Seorang pelajar sanggup mereka cerita kononnya cuba diculik hanya kerana tidak mahu ke sekolah selepas kasutnya terkena najis kucing.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 9.22 pagi daripada remaja berusia 13 tahun itu yang mendakwa kejadian berlaku ketika dia berjalan kaki ke sekolah.

Hasil siasatan mendapati remaja terbabit terlebih dahulu memberitahu bapanya mengenai cerita palsu itu sebelum hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk membuat laporan.

“Selepas disoal siasat, pelajar tersebut mengaku laporan berkenaan tidak benar dan hanya dijadikan alasan untuk mengelak ke sekolah kerana kasutnya terkena najis kucing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis tidak meneruskan siasatan lanjut kerana pelajar itu masih bersekolah, namun amaran tegas telah diberikan kepada remaja tersebut serta bapanya.

“Kes dianggap selesai selepas bapa remaja itu menarik semula laporan polis sebaik dimaklumkan mengenai kejadian sebenar,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

SINAR Muzik Retro Terbaik