
Seorang pekerja di cawangan Auntie Anne’s di pusat beli-belah Mid Valley telah dipecat selepas gambar tularnya yang mencium doh makanan itu tersebar.
Advertisement
Gambar berkenaan itu menimbulkan pelbagai reaksi mengenai kebersihan dan keselamatan makanan itu.
Auntie Anne’s mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya telah membuang pekerja berkenaan.
“Bagi memastikan standard kebersihan dan keselamatan mereka tidak akan berkompromi,” jelas kenyataan itu.
Tambahnya, cawangan yang terlibat kini ditutup sementara untuk menjalani proses nyahkuman dan pembersihan secara menyeluruh. Ia akan dibuka semula setelah semua protokol keselamatan disahkan dan dipatuhi.
Auntie Anne’s turut memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan insiden ini dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan.
Sumber: Kosmo