Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pearly-Thinaah Catat Sejarah, Kini Beregu Wanita No. 1 Jelajah Dunia

pearly-thinaah catat sejarah, kini beregu wanita no. 1 jelajah duniaFoto: Astro AWANI

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, terus membanggakan Malaysia apabila berjaya menduduki tangga teratas ranking Jelajah Dunia buat pertama kali sejak mereka digandingkan.

Advertisement

Menurut kemas kini terkini daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan ini kini mengumpul sebanyak 104,860 mata sekali gus mengatasi gandingan China, Liu Shengshu dan Tan Ning, yang berada di tempat kedua dengan 103,150 mata.

Pencapaian bersejarah itu membuktikan kecekapan dan konsistensi Pearly-Thinaah dalam siri kejohanan sepanjang musim ini, termasuk kejayaan mara ke peringkat akhir dan separuh akhir beberapa kejohanan utama dunia.

Walaupun begitu, dari segi ranking dunia keseluruhan, mereka masih mengekori pasangan China di kedudukan kedua dengan catatan 91,316 mata, berbanding 110,884 mata milik pesaing utama mereka.

Kejayaan ini turut menandakan satu lonjakan besar buat badminton wanita negara, sekali gus membuka peluang lebih luas untuk Pearly-Thinaah melakar sejarah baharu dalam sukan badminton dunia.

Kedua-duanya kini sedang mempersiapkan diri bagi kejohanan seterusnya dengan tekad mengekalkan prestasi cemerlang dan mengintai peluang untuk muncul sebagai pasangan nombor satu dunia tidak lama lagi.

Sumber: Astro AWANI

SINAR Muzik Retro Terbaik