Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PDRM Laksana Semula Saman Tembak Laju, Bakal Dikuatkuasakan Di Seluruh Negara

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelaksanaan semula saman tembak laju kepada mana-mana pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju.

pdrm laksana semula saman tembak laju, bakal dikuatkuasakan di seluruh negara

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd. Nasri Omar, pihaknya memaklumkan penguatkuasaan saman tersebut mula dikuatkuasakan semalam dan telah dimaklukamkan kepada semua kontinjen dan daerah.

Advertisement

Tambahnya, tindakan ini kembali dilaksanakan untuk memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.

Pelbagai reaksi yang diberikan daripada warganet terhadap pelaksanaan semula itu dan ada juga yang menerima semula pelaksanaan itu bagi memberi peringatan buat semua pengguna jalan raya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik