Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Tindakan? PBB Masih Bincang Situasi Di Gaza Buat Kali Keenam

Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkumpul dalam sesi tertutup pada Isnin untuk membincangkan situasi di Gaza.

tiada tindakan? pbb masih bincang situasi di gaza buat kali keenam

Memetik laporan Anadolu, Emiriah Arab Bersatu dan China meminta untuk majlis itu bersidang untuk sesi tergempar kali keenam sejak 7 Oktober.

Advertisement

Majlis terdiri 15 anggota itu dijangka menerima taklimat daripada Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths serta Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland.

Wakil tetap Gabon ke PBB, Michel Xavier Biang mengatakan tentang ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk mencapai persetujuan.

Persaingan antara kuasa besar merupakan satu daripada masalah paling asas selain ketidakupayaan untuk mencapai kata sepakat.

Beliau menekankan bahawa Gabon menyokong gencatan senjata kemanusiaan segera.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik