“Adakah rakyat Malaysia terlalu baik? Murah hati? Suka bersedekah!”
Baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor membongkar tentang penahanan tujuh pengemis asing dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, pada Selasa.
Advertisement

Menurut pengarahnya, Baharuddin Tahir, beliau memaklumkan operasi jam 6.30 petang itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
"Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis serta derma warga asing di pasar malam tersebut.
"Pengutip derma warga asing itu ditahan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati. Manakala pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan.
"Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan," katanya.
Tambahnya, kesemua tahanan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun.
Sumber: Sinar Harian