Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Bakal Nikah Petang Ini

Pasangan yang tular membawa seorang bayi berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal akan dinikahkan pada petang Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim ketika dihubungi Sinar Harian.

Advertisement

Muhammad Hazamer juga akan menjadi jurunikah buat pasangan tersebut yang dilakukan di Mashid Al Maarufi Seberang Kota.

"Ya betul, pasangan tersebut akan dinikahkan pada petang ini dan saya sendiri yang akan menjadi jurunikah mereka di Masjid Al Maarufi Seberang Kota," katanya pada Selasa.

Sebelum ini, pasangan Mohd Azlan Ishak, 36 dan Nor Hidayu Halim, 34, menjadi tular kerana membawa seorang bayi  yang memakai bantuan pernafasan menaiki motosikal hingga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, timbul kontroversi di mana mereka disahkan bukanlah pasangan suami isteri yang sah dan diarahkan berpisah buat sementara waktu.

Sumber : Sinar Harian 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik