Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak Terkorban, Pasangan Terselamat Tragedi Batang Kali Bertemu Anggota APM Yang Menyelamatkan Mereka

anak terkorban, pasangan terselamat tragedi batang kali bertemu anggota apm yang menyelamatkan mereka

Tragedi hitam penutup tirai 2022 tak akan dilupakan seluruh rakyat Malaysia. 

Advertisement

Sepasang suami isteri yang merupakan antara mangsa yang terselamat telah berjumpa tiga orang anggota Anggota Pertahanan Awam Malaysia yang paling awal tiba di lokasi dan menyelamatkan mereka. Pasangan ini yang turut kehilagan anak mereka yang terkorban bertemu dengan Kapt. (PA) Hilmi bin Husman, Leftenan Muda (PA) Mohammad Amin bin Rosdi dan Staff Muda (PA) Mohd Firdaus bin Abd. Samad ketiga tiganya dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Selangor. 

Kedua-dua pasangan ini sangat menghargai kesemua jasa anggota penyelamat yang telah membantu menyelamatkan kesemua mangsa dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali. 

Dalam pertemuan berkenaan, kedua suami isteri ini menyatakan kesedihan atas kehilangan satu satunya anak tunggal mereka, malah berkongsi video rakaman ulangtahun kelahiran anak kesayangan yang terlebih dahulu meninggalkan mereka.

Mangsa lelaki turut menjelaskan beliaulah yang pertama kali menghubungi talian kecemasan dan berkongsi saat saat menyedihkan apabila melihat isteri dan anaknya terperangkap didalam kereta.

Pada masa itu beliau hanya mampu melihat dari jauh sementara anggota penyelamat cuba mengeluarkan anak dan isterinya.

anak terkorban, pasangan terselamat tragedi batang kali bertemu anggota apm yang menyelamatkan mereka

Beliau menceritakan juga keadaan isterinya yang menyuruh anaknya diselamatkan terlebih dahulu berbanding dirinya, tetapi penyelamat tidak sampai hati memberitahu anaknya telah menghembuskan nafas terakhir pada ketika itu, sehinggalah keadaan benar benar stabil baharulah penyelamat menjelaskan situasi sebenar anaknya yang sebenarnya telah meninggal dunia.

Kedua suami isteri ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyelamat, walaupun baru kehilangan cahayamata, mereka tetap tabah meneruskan kehidupan berdua bersama, malah gelak tawa anaknya seolah olah masih terngiang ngiang di telinga mereka.

Mereka juga berharap lebih ramai lagi penyelamat yang ada di dunia ini yang boleh membantu sesiapa sahaja yang mengalami situasi bencana atau kemalangan, malah mampu memberikan rawatan awal untuk menyelamatkan nyawa.

Sementara itu Kapt. (PA) Hilmi bin Husman menjelaskan kehadiran mangsa tragedi yang menemui penyelamat seperti mereka adalah satu penghargaan yang tidak ternilai, malah bantuan yang diberikan sepanjang kerjaya sebagai penyelamat tidak pernah mengharapkan apa balasan walaupun ungkapan terima kasih.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik